Masscomm.

Kalau korang google masscomm uitm lendu sebab korang cuak nak masuk diploma and stumbled upon this blog, hey welcome aboard!

Sebelum aku apply or enroll dalam apa2 course, aku biasanya buat research dulu. Baca artikel, baca blog. Baru tau apa yang you're getting yourself into.

So i've just graduated from UiTM Lendu or UiTM Melaka with Diploma in Mass Communication. Or masscomm. Or mass comm. Nak melayu sikit, meskom. Since aku dah habis belajar, dah kira eligible la kan untuk tulis full summary of the course? Ni je lah cara untuk aku nak bagi balik dekat bloggers yg dah banyak tolong aku selama ni.

Masa time aku belajar, 3 tahun = 6 semester. Tapi sekarang diorang dah revise the syllabus and dah cramp into 5 semesters. But i'll be talking from what i experienced lah eh.

Academic:
Aku rasa all-rounded jugak ah. Masa sem 1-3 tu, aku admit aku macam frustrated jugak ah sebab syllabus tak mencabar. Masa sem 1 ada public speaking dengan introduction to mass media. Sem 2 ada writing sikit. Tak rasa sangat macam tengah belajar masscomm. Masa sem 4 sampai 6 best gila.

Sumpah best gila. Penat nak pengsan, tapi seronok gila. Masa tu baru la kau faham kenapa kau kena belajar benda2 masa sem 1-3 tu. The syllabus memang push korang sampai your very limit. Masa tu jugak la kau discover yg kau sebenarnya betul2 nak ke tak broadcasting la, journalism la. From the surface memang la broadcasting tu bunyi best "Oh glamour! Lepak dengan retis!" Tapi kau tau tak nak deal dengan company, nak edit video semua payah macam mana? Nak buat event tu kau ingat plan minggu ni, minggu depan dah boleh tegah khemah?

Assignments pulak most of the time require you to go places. You have to interview people from various organisations, shoot for documentaries, take photos for photo comm, etc. Bila other courses spend duit poket diorang untuk materials, kita spend untuk duit minyak.

Lecturers:
Rasanya kalau korang baik dgn lecturer, lecturer baik je dengan korang. Kalau ada yg racun korang cakap lecturer ni bising la, apa la: kalau korang hormat diorang, datang kelas on time (dah masscomm ni, korang kena belajar punctual), quiz buat, pakai sahsiah rupa diri, dalam kelas focus (jgn tidur), kadang2 korang nak gi lepak dengan diorang pun boleh.

Atmosphere:
Hahaha. Yang ni korang kena masuk uitm dulu, baru korang faham. Aku nak put in words pun tak tau macam mana. Masscomm ni ada a culture of its own tau. Janganlah kau nak judge masscomm based on UiTM in general. Memang lain gila.

If you have any further questions on masscomm, drop a comment. Saya jawab. Kalau nak tanya pasal Superman pun boleh.


Ps: Sebab hari ni merdeka, this post aku campur2 bahasa sikit eh.
- Furthering my degree, majoring in Public Relations in UiTM soon. Wish me luck, guys. 

Comments