Terkilan.

Cikgu kata 'hati kena baik'
Kita pun berbaik-baik lah dengan orang
Jangan busuk hati
Jauhkan hasad dengki
Kalau kita tengah senang, kita ajak dia
Biar dia jadi kawan kita masa senang dan susah.

Cikgu kata 'biar orang pijak kita, jangan kita pijak orang'
Tak semena-menanya dia pijak kita
Bukanlah secara harafiah, secara psikologi
Dia ada nampak cahaya
Cahaya yang boleh mencerahkan masa depan
Dia telan sorang-sorang

Bukan cahaya yang kuinginkan
Bukan masa depan yang kuimpikan
'It's the thought that counts'
Tau apa ertinya? Look it up.
Habis madu, sepah dibuang.

Bukan cahaya yang kuinginkan
Waktu kau susah, menggelupur di atas jalan
Kau cari aku, aku teman kau
Kau minta tolong, aku tolong. Aku buat.

Aku cuma nak kawan aku balik
Huh.
'True friends ' katanya.

Comments