Cermin Diri


Cermin diri. Kita selalu sebut frasa ni, tapi apa yang kita faham?


Biasanya bila orang tegur kita atau marah kita, kita akan sebut "Cermin diri kau tu sikit! Kau ingat kau siapa nak tegur aku?!" Tapi untuk orang yang pengecut macam saya, cakap dalam hati je la kan.

Bagi diri saya, frasa itu, bukan itu cara penggunaannya. 

Bagi saya 'cermin diri' lebih kepada 'cakap tak serupa bikin'. Contohnya, bila kita suruh orang diam, kita sendiri yang bising. Itulah benda yang biasa kita amalkan di sekolah. Bukan kita pelajar je, malahan guru-guru sekolah sendiri. Kalau sekolah tu terlampau bising, cikgu kita akan jerit 'Diaaammmm!!!' Dia sendiri tak perasan agaknya yang bila dia menjerit, dia sendiri menambah kepada kebisingan sekolah. Itulah yang saya belajar daripada cikgu orkestra saya. Dia cuma perlukan tenungan mata yang tajam untuk mendisiplinkan pelajar. "Tak guno ekau topokik-telolong nak suruh orang diam. Ekau tu pun bising jugak"

Tau tak bila masanya yang saya selalu terasa macam nak cakap dekat orang "Cerminlah diri tu sikit!"? Bila saya baca status orang dekat facebook. Macam2 la yang akan orang tulis.

"Aku benci dowh orang yang overly-dressed! Kau ingat kau dekat Miami ke?"
"Aku benci dowh orang yang suka gelak sangat! Tak ingat dunia!"
"Bencinya orang yang status dia emo je manjang!"
"Aku benci dowh orang yang suka mencarut!"

Dan yang paling selalu sekali saya jumpa, sama ada di Facebook/Twitter, 50 kali agaknya saya dah jumpa benda ni seumur hidup..

"Tension lak ai aku baca status kau. Kau update setiap saat ke wey?"
"Dude, if you update your BBM status every second, i don't think you've heard of twitter"
"You tweet every second, i unfollow you. As easy as ABC."

Tau tak apa yang lawaknya? These people are all referring to themselves. Ironic. Yes, ironic. Cakap orang, tapi diri sendiri buat benda yang sama. Inilah yang saya maksudkan dengan 'cermin diri'. 

Maki orang kata status dia emo manjang, dia punya status pun emo. 
Maki orang kata overly-dressed, kau pernah tengok kau pakai apa?
Maki orang kata tweet/status diupdate setiap minit, yang timeline/news feed kitorang tu penuh dengan nama kau, apa benda?

Kadang-kadang kalau saya geram sangat, rasa macam nak pergi rumah orang tu, kasi dia cermin gedabak sebijik. Puas hati aku. Tapi takkan la saya nak buat betul2 kan? Carik nahas tuuuu.

Paku dulang paku serpih ;
     Mengata orang, dia yang lebih.



Saya sendiri tak nafikan yang saya sendiri pernah buat benda ni. Tapi makin lama, saya sedar salah saya. Macam mana? Ada satu hari tu saya nak tweet satu benda tu. Tiba2 saya tersedar yang saya pun buat benda yang sama. Malukan kalau kita ye2 mengutuk orang in public, tapi hakikatnya kita mengutuk diri sendiri?

2011 is ending. I learnt this from you. Thank you, 2011.

.AQUA.REFLECTS.


Comments