Jauhari Mengenal Manikam


Hentikanlah..
Umurmu baru setahun jagung
Perilakumu bagai sudah bercucu lima..
Jangan engkau bongkak dan sombong
Kelak kautahu padah yang menimpa

Hentikanlah..
Harta yang kaupunya ibarat sebutir pasir dari harta Tuhan
Harta yang kaupunya mana mungkin dibawa mati
Baru berkecimpung di bidang perniagaan,
Sudah bagai empunya empayar besi.

Jikalau hatimu sudah dicuri           
Pastikan gerangannya tulus dan berbudi.
Tatkala jauhari mengenal manikam,
Diam sahajalah, hari sudahpun malam.

.AQUA.REFLECTS.

Comments

Popular Posts