wishlist 2011

disebabkan saya dah berjanji kepada Panic, akan kutunaikan janjiku, iaitu untuk membuat wishlist 2011.

Sebelum tu, mari kita bersembang dulu.. Semalam dah masuk tahun baru. 2011. 1/1/11. Sedar tak? Muahaha. Tapi aku tak suka tahun ni pasal ada SPM. Aku terasa tua. PMR tu boleh lagi, terasa la muda jugak, ni SPM.

Haha, bukanlah saya tak suka SPM pasal tu. Saya tak suka SPM pasal dah berazam nak dpt 9A+. Kalau tak dapat macam mana? Saya punya azam tahun ni ; untuk beat result SPM abang saya iaitu 8A1, 2A2. Astaghfirullahalazim. Dah la dia ambik 10 subjek. Jadi satu2nya cara untuk lawan result adalah dengan mendapat keputusan 9A+. Tapi aku yakin boleh. Walaupun result sekarang 'Masya Allah' tapi nothing is impossible kan? Masa trial PMR dulu, aku sakit kot. Siap masuk spital lagi. Berapa paper tak ambik masa tu. Dapat jugak 8A masa PMR.

Benda tu la yang membuatkan aku percaya yang nothing is impossible. All i need is faith.


Next, Kelab Komputer.

Wahai ahli Kelab Komputer sesi 2011. Bersiap sedialah anda. Diktator Aqua dan Diktator Panic bakal menjajah kebebasan anda!
Sebenarnya, kitorang dah plan awal2 apa nak buat. Yang kitorang tahu, kerja yang kitorang bagi kena siap on time, tak mau bising2, buat kerja masing. Aktiviti satu tahun kitorang dah plan dah.

Hish, banyakla pulak bebelan ku ini..

WISHLIST 2011.

1. 9A+ SPM 2011 - Bestnya kalau dapat scholarship Sime Darby / Petronas / Bank Negara. Nak sangatt... Aku akan sangat bangga kalau satu geng aku dapat result yang sangat membanggakan dan semua dapat scholarship :')

2. Best Student for Lukisan Kejuruteraan untuk SPM. Aku tau yang harapan untuk aku dapat Best Student untuk subjek lain sangat tipis. Lukisan Kejuruteraan je la yang aku harapkan.

3. Aku dapat lens baru banyak2 or dapat beli camera baru. Bukannya tak bersyukur dengan D3000, cuma manual settings dia limited sangat. ISO sampai 1600. Kadang2 geram sangat pasal tak boleh tinggi lagi. Megapixels pun so-so je..

4. Hujung tahun papa plan nak bawak jalan2 pergi Rome. Uncle Ramli pun ada kat sana nak bawak jalan2. Amin.

5. Kalau Graduation Night tahun ni, ajakla Caprice ke, Nik Irfan ke. Baru berkobar-kobar kita nak pergi, ye tak?

6. Dapat lesen awal. Kalau boleh, birthday je, terus dapat lesen. Yahoo! Tapi agak2 la.. Birthday aku pun bulan November. Dalam geng aku, aku yg paling muda kot. Farah! Ko birthday, terus amik lesen! Aku tak kira!

7. Dapat pegi concert Michael Bublé. Bublé tu! Sapa tak nak pergi! Wahai Bublé.. Andai kautahu bahawa aku la peminat setia mu, sejak ku Darjah 5 lagi ku sudah menjadi peminat setiamu.. Kalau Justin Bieber buat concert kat Malaysia pun, aku tak dapat pegi, aku pedulik apa. Janji dapat pergi concert Bublé. Dan aku harap trip to Japan tu bukan masa concert Bublé dekat Malaysia

8. Disebabkan kitorang menang pertandingan fotografi anjuran Sony tu, kitorang dapat pergi Jepun. Alhamdulillah. Orang Click! pun ada cakap yang past years punya winning photos were put up at Sony's Headquarters in Japan. Aku pun teringin jugak tengok gambar yang aku ambik terpampang dekat Jepun. Kan best.

8. Harap2 duit aku cukup utk beli souvenirs utk kawan2 masa dekat Jepun nanti. Tak nak la macam masa aku pegi Australia dulu. Poket kosong bhai.

9. Nak jumpa Caprice! Teeheee :p

10. Dapat bilik sendiri. Maksudnya Nina nak Along kahwin cepat. Boleh Nina amik bilik Along! Muahahaha! Calon dah ada, bawak jumpa mama papa, sudeyh, apa lagi?

Sekian saja lah wishlist saya...............for now.

P/s : Amik ko Panic. Tak termuntah ko nak baca? Muahahahaha!

And sorry folks, this post is not that fancy. I'm blogging via phone. Not much that i can do.

Comments