Panic gilo..

Ya, saya memang merujuk kepada Zooe.

I hate to admit but i really agree with Panic's idea of blogging in Bahasa. Sheesh. >.>

Aku pun suka blogging dalam bahasa Melayu. Tapi apakan daya, saya seorang insan yang mempunyai kelemahan dari segi bahasa. Jadi, akan saya usahakan untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu saya dalam blog saya ini. Tapi takkan la saya nak tulis se-skema ni setiap masa kan? Bahasa rojak pun boleh la, buat masa ni.. Step by step dulu, ye tak..

Aku nak berkongsi satu cerita ni.

Pada suatu hari, saya jalan2 dengan papa dengan kakak, pergi kenduri dekat mana tah.. Tak pasti sama ada Kuala Pilah ke Rembau ke Bahau ke. Tapi kawasan macam tu la. Kitorang duduk la semeja dengan kawan papa tu. Loghat Negeri Sembilan pakcik tu pekat gila. Kalah Burlesque! Perkataan yang dia pakai pun, perkataan Negeri Sembilan. Kadang2 tak paham apa yang dia cakap. Pakcik tu lawak gila.

Dia marah saya pasal tak faham loghat Negeri Sembilan. Dia cakap, "Apala orang negeri tak faham loghat negeri!" Lebih kurang macam tu la..

Pastu, tiba2 papa bgtau yang pakcik tu sebenarnya ahli politik, seorang wakil rakyat. *Tempatnya dirahsiakan* Saya terkejut gila babeng. Politician, tapi humble tak bleh bla. Pastu papa bgtau yang pakcik tu boleh cakap french dengan fasih. As in FASIH. Period. Tp pakcik tu chose to speak in Malay with normal citizens, unlike some other famous people in our country..
Sebabnya? Pakcik tu sendiri jawab yang kalau orang putih datang kat negara kita, kita kurangkan speaking dengan diorang! Kita communicate dalam Bahasa Melayu. Biar diorang belajar bahasa kita. Baru la kita ni layak dipanggil pejuang bahasa. Kita kena ajar foreigners belajar bahasa kita. Kalau dah asyik sangat pakai English dalam kehidupan seharian, siapa yang nak ajar generasi yang akan datang Bahasa Melayu? Takkan la orang putih kot?!

Macam2 saya belajar masa borak dengan pakcik tu. Speaking in English tak salah. Bagus. Bahasa Inggeris kan bahasa antarabangsa. Tapi janganlah kita lupakan bahasa ibunda kita sendiri.

Comments